Ct_Nurmarlissaa: yeyeyeyey....Jawapan nyerrr...frenzzzzzzz...

Friday, December 10, 2010

yeyeyeyey....Jawapan nyerrr...frenzzzzzzz...

Pertamanya, terima kasih kepada semua yang telah bagi respon dalam entri kali ini. Nampaknya ramai juga yang berminat nak tahu tentang teknik psikologi cara kenalpasti perangai seseorang ini yer.

Baiklah, tanpa melengahkan masa anda. Saya akan terangkan rahsia disebalik jawapan yang anda pilih tu. Samaada tepat atau tidak, anda lah yang lebih mengetahuinya. Mari kita periksa sama-sama.


Jawapan

No1. : Di Tepi SungaiOrang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS! Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang2 seorang yang PEMBAZIR.


Jawapan

No2. : Di Halaman RumahDia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu2 akan membalasnya dengan kebaikan.


Jawapan

No3. : Di Tepi/Tengah PadangMaaf jika saya katakan bahawa, orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA! Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan2 dia atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit terutamanya, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.


Jawapan

No4. : Di Belakang Rumah / Tepi DapurOrang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.

2 Comments:

Blogger kella said...

ler... terlepas sudah.. err.. dah tahu jawapan.. oohhhh... shhhh

5:30 PM  
Blogger eLLy said...

I MEMANG BOROS "SIKIT" TERUTAMANYE BAB MAKAN.. WAKAKAKAKA

10:42 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home