Ct_Nurmarlissaa: MaSuK JgN TaK MaSuK..........

Tuesday, July 12, 2005

MaSuK JgN TaK MaSuK..........

Wow..!!!!! akhirnya hari nih..aku berjaya mengantar penyertaan..utk cipta watak komik brother Nz...actually aku tak harapkan kemenangan pun just suka2 jer..sebab aku tahu..bukan nyer berdaya imaginasi sgt aku nih...ekkeekekeek
PERADUAN MEREKA CIPTA WATAK KOMIK SIKAPITAN

Menangi hadiah buku Wilayah Kutu dengan menyertai peraduan mereka cipta watak komik Sikapitan! Lima penyertaan terbaik akan menerima sebuah buku Wilayah Kutu. Cara menyertainya mudah. Anda hanya perlu melukis watak adiwira (superhero) Sikapitan mengikut daya kreativiti anda sendiri. Jika anda tidak tahu melukis, anda digalakkan menggunakan Heromachine. Apabila anda sudah selesai mencipta watak Sikapitan, (melalui lukisan sendiri ataupun menggunakan Heromachine, hantarkan seberapa banyak penyertaan anda ke e-mel berikut: nizamzakaria@gmail.com.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Julai 2005. Hanya lima penyertaan yang terbaik akan diterima. Lukisan-lukisan yang memenangi peraduan ini akan dipamerkan di dalam laman ini. Keputusan adalah muktamat.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda boleh menghantar seberapa banyak lukisan yang anda suka (Klik di sini untuk melihat contoh watak Sikapitan yang telah dibuat dengan menggunakan Heromachine)
2. Sertakan sekali nama dan alamat surat-menyurat anda untuk tujuan penghantaran hadiah

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home